Followers

Pages

Monday, 12 August 2013

18 TANDA AWAL KEHAMILAN..



18 Petanda Awal Kehamilan 

Cara tentukan waktu subur dah cerita, tanda-tanda ovulasi pun dah, bila dah kenalpasti hari yang subur kan senang nak merancang? hehe hari ni jom baca tanda-tanda awal kehamilan sebelum period tiba~ kalau dah terlepas period memang kemungkinan besar mengandung la kan? InsyaAllah..

1. Kekejangan

Ramai wanita berfikir bahawa kekejangan adalah tanda bahawa haid anda bakal tiba tetapi ia sebenarnya salah satu tanda awal kehamilan. Sewaktu embrio sedang mengimplan ke dalam rahim anda, anda mungkin terasa kekejangan. Ia dengan mudah boleh disalah anggap sebagai PMS atau senggugut
2. Payudara rasa sengal atau nyeri

Sesetengah wanita mendapati payudara apabila mereka rasa sengal apabila mereka sedang berovulasi dan sewaktu haid. Payudara yang sengal juga merupakan tanda awal kehamilan. Apabila anda hamil, badan anda menghasilkan tahap estrogen dan progesteron yang lebih tinggi. Hormon-hormon ini adalah hormon yang sama yang menyebabkan payudara sengal walaupun anda tidak hamil, tetapi di awal kehamilan, perubahan hormon adalah lebih kuat berbanding semasa haid. Perubahan hormon pada awal kehamilan menyebabkan aliran darah ke payudara anda meningkat dan boleh membuat payudara berasa lebih sensitif dan bengkak.
3. Keletihan
Pernah tertidur semasa cerita kegemaran sedang bersiaran? Atau secara tiba-tiba terasa nak sangat tidur sekejap waktu petang? Haaa.. Keletihan adalah salah satu daripada petanda kehamilan! Tahap progesteron yang meningkat boleh membuat anda merasa letih. Sesetengah wanita akan terasa letih seawal seminggu selepas ovulasi. Selepas ovulasi tahap progesteron anda tetap meningkat tidak kira sama ada anda hamil atau tidak, tetapi jika anda tidak hamil tahap progesteron anda akan jatuh kembali dan memberi isyarat bahawa kitaran haid yang seterusnya akan bermula. Jika anda mula berasa letih selepas ovulasi dan keletihan ini menjadi lebih teruk, ia boleh menjadi tanda awal kehamilan.

4. Loya

Loya boleh menjadi tanda-tanda awal kehamilan. Sesetengah wanita akan mula berasa mual beberapa hari sebelum tarikh sepatutnya datang haid. Tetapi kebanyakan wanita tidak berasa loya sehinggalah kira-kira pada minggu ke-enam kehamilan walaupun ada sesetengah yang berasa mual lebih awal.


5. Kembung

Kembung adalah satu lagi tanda-tanda awal kehamilan. Ia mungkin sukar untuk membezakan antara kembung premenstrual dan kembung mengandung kerana PMS dan gejala kehamilan amat serupa. Walau bagaimanapun, gejala kehamilan adalah sering lebih teruk daripada PMS biasa. Kembung, seperti tanda-tanda lain di awal kehamilan adalah disebabkan oleh perubahan hormon. Apabila progesteron dan tahap estrogen meningkat, lapisan rahim menebal membuat anda berasa lebih kembung. Perubahan hormon juga menyebabkan sistem pencernaan anda bergerak lebih lambat dan ini boleh menyebabkan kembung juga.


6. Sembelit atau cirit-birit

Perubahan hormon pada awal kehamilan boleh menyebabkan sistem pencernaan anda menjadi lambat dan boleh menyebabkan sembelit. Vitamin prenatal boleh memburukkan keadaan ini kerana zat besi yang terkandung di dalamnya juga menyebabkan sembelit. Untuk merawat masalah ini anda perlu tingkatkan pengambilan fiber dan minum lebih banyak air. Walaubagaimanapun, ada pula sesetengah wanita mengalami masalah cirit-birit. 

7. Sakit Kepala 

Bukan semua wanita mempunyai masalah sakit kepala semasa mengandung, tetapi bagi sesetengah ini adalah petanda kehamilan. Sakit kepala semasa awal kehamilan dianggap disebabkan oleh perubahan hormon serta perubahan dalam jumlah darah wanita. Peningkatan mendadak dalam estrogen dan progesteron mungkin mencetuskan sakit kepala bagi sesetengah wanita. Sakit kepala migrain, yang merupakan sejenis sakit kepala vaskular, mungkin hasil daripada peningkatan aliran darah seorang wanita semasa mengandung.


8. Sakit belakang 
Kekejangan sewaktu implantasi, kembung dan sembelit semua boleh menyebabkan sakit belakang semasa awal kehamilan. Bagi sesetengah wanita sakit belakang juga merupakan gejala prahaid. Rahim yang mengembang dan mengecut boleh menyebabkan kekejangan, lenguh-lenguh dan sakit-sakit. Posisi tidur yang tidak betul juga boleh menyumbang kepada sakit belakang semasa awal kehamilan.
9. Tompokan darah

Sesetengah wanita berfikir bahawa tompokan darah sewaktu implantasi adalah petanda biasa awal kehamilan, tetapi sebenarnya hanya kira-kira 20-25 peratus wanita akan ada beberapa jenis pendarahan semasa mengandung. Tompokan darah semasa implantasi boleh menjadi tanda awal kehamilan. Biasanya, pendarahan implantasi adalah ringan dan berwarna coklat atau merah jambu. Tompokan darah ini selalunya terjadi 7-9 hari selepas ovulasi (jika anda tahu waktu ovulasi).

10. Peningkatan suhu badan
Untuk mengetahui sama ada suhu badan anda telah meningkat, anda perlu membuat catatan suhu badan sebelum ovulasi. Wanita yang menyimpan carta BBT mungkin dapat mengagak dia hamil hanya dengan melihat pada suhu pada carta itu. Selepas ovulasi, progesteron menyebabkan suhu wanita meningkat. Kadang-kadang seorang wanita akan melihat peningkatan suhu kali kedua selepas 7 hari berovulasi. Apabila ini berlaku, ia dipanggil carta triphasic. Carta triphasic boleh menjadi salah satu petunjuk tanda-tanda awal kehamilan.

11. Areolas (puting payudara) lebih gelap
Apabila anda melihat di cermin anda mungkin perasan bahawa areolas anda sudah bertukar menjadi warna yang lebih gelap. Selalu perubahan tidaklah begitu ketara di peringkat awal kehamilan tetapi bagi sesetengah wanita, warna areolas yang lebih gelap boleh dilihat tidak lama selepas konsepsi.


12. Keputihan 
Keputihan seseorang wanita boleh menjadi penanda arah dimana dia didalam kitaran haid beliau dan sama ada dia telah mengandung atau tidak. Biasanya, lendir serviks akan meningkat di sekitar ovulasi. Selepas ovulasi, lendir akan kering sehingga habis kitaran haid pada bulan tersebut. 

Apabila seorang wanita mengandung, paras estrogen yang meningkat menyebabkan lebih banyak lendir serviks dikeluarkan. Peningkatan dalam lendir serviks ini juga boleh menjadi tanda awal kehamilan. Sesetengah wanita menggambarkan lendir serviks di awal kehamilan mereka sebagai berkrim seperti losyen atau berwarna kekuning-kuningan. Walau bagaimanapun, estrogen yang normal biasanya berubah-ubah yang tiada kena mengena dengan kehamilan juga boleh menyebabkan keputihan jadi ini bukanlah petunjuk terbaik kehamilan.

13. Perubahan mood 
Umumnya memang diketahui kebanyakan wanita akan berubah menjadi 'moody' sebelum haid bermula. Perubahan mood semasa kehamilan adalah lebih kurang tetapi lebih kepada menangis berbanding marah-marah; walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju. Jika anda rasa terlebih beremosi dan kerap menangis ini mungkin petanda awal kehamilan.

14. Kerap ke bilik air 

Kerap membuang air kecil adalah aduan terbesar di kalangan wanita hamil. Sesetengah wanita tidak mempunyai masalah dengan ini sehinggalah di akhir kehamilan, tetapi bagi kebanyakan wanita, kekerapan ke tandas adalah satu masalah. Jumlah darah anda yang meningkat secara mendadak semasa mengandung menyebabkan buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk memproses cecair yang bertambah tersebut dan menyebabkan anda perlu ke  bilik air dengan lebih kerap. Di samping itu, rahim anda yang berkembang dan berkembang memberi tekanan ke atas pundi kencing anda juga menyebabkan anda perlu membuang air kecil lebih kerap.


15. Deria bau lebih tajam

Adakah anda perasan bau sampah walaupun ia jauh dari anda? atau tidak tahan dengan bau ayam yang digoreng? Ini adalah satu perkara yang wanita mungkin perasan sebelum mereka menyedari bahawa mereka sedang hamil. Kami tidak pasti apa yang menyebabkan gejala ini tetapi ia mungkin mempunyai kaitan dengan peningkatan tahap estrogen.


16. Mengelak(tidak suka) sesuatu makanan 

Wanita hamil dan mengidam memang tidak dapat dipisahkan. Mengidam adalah gejalan mengandung yang diketahui umum, tetapi tidak semestinya salah satu petanda di awal kehamilan. Mengidam sebelum haid biasanya ialah salah satu dari simptom PMS. Wanita sering mengidamkan coklat atau gula-gula sebelum haid bermula. Mengelak makanan tertentu, biasanya bukanlah simptom PMS. Jika makanan tertentu tiba-tiba terasa agak pelik atau minuman pagi anda tidak lagi rasa menarik, ini boleh menjadi tanda-tanda awal kehamilan.


17. Dahaga melampau

Adakah anda rasa dahaga? Rasa dahaga bukanlah salah satu daripada petanda hamil yang anda biasa dengar tetapi ia adalah sesuatu ramai wanita yang perlu hadapi semasa mengandung. Mereka mungkin tidak sedar bahawa ia adalah satu petanda awal. Di awal kehamilan jumlah darah anda meningkat. Ini boleh menyebabkan anda kerap membuang air kecil tetapi ia juga boleh membuat anda berasa dahaga.

18. Apa yang perlu dilakukan? 

Jika anda sedang atau telah mengalami simptom-simptom awal kehamilan tetapi haid anda masih belum terlewat, anda mungkin tertanya-tanya bilakah waktu yang sesuai untuk membuat ujian kehamilan. 

Tanda-tanda awal, tidak kira berapa banyak dan bagaimana kuat pun mereka, tidak semestinya bermakna bahawa anda akan mendapat hasil yang positif - walaupun anda hamil. Ujian kehamilan di pasaran hari ini adalah sangat sensitif, tetapi lebih baik untuk menunggu sehingga haid anda lewat sebelum membuat ujian, tetapi jika anda teringin sangat untuk membuat ujian anda mungkin boleh mendapatkan keputusan positif seawal 4 hingga 5 hari sebelum haid, bergantung kepada apa ujian yang anda ambil.


Ya.. 18 tanda-tanda awal hamil.. macammana? rasa macam mengandung dah? kalau masih menunggu takpe.. kita hanya merancang Allah yang bagi rezeki kan. Sambil-sambil tunggu tu jom
buat amalan untuk dapat zuriat. InsyaAllah.. :)


SET KESUBURAN SHAKLEE??



SO AP TUNGGU LAGI...

dptkn dengan harga istimewa dari saya..


BERMINAT?? inginkan harga istimewa??
 
 
Puan Lina
Shaklee Independent Distributor [ID No : 962365]
014-2998789|azlinarahman85@yahoo.com
fb: https://www.facebook.com/azlina.rahman
fanpage: https://www.facebook.com/pages/Vita-Surf-Shoppe/656256981069236
website :http://kedaivitasurf.blogspot.com/


 

No comments:

Post a Comment